Tuesday, May 3, 2011

Panduan Temuduga KPLSPM

Assalamualaikum.. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang berjaya melayakkan diri ke sesi temuduga maktab perguruan atau KPLSM baru-baru ini.Stage seterusnya yang perlu adik-adik hadapi adalah sesi temu duga bagi menentukan adik-adik layak untuk masuk ke maktab perguruan atau tidak.

Bagi memudahkan adik-adik membuat persediaan,dibawah ini terdapat beberapa tips untuk adik-adik semua..

Berikut adalah secara ringkas panduan untuk temuduga KPLSPM

Komponen Temuduga

Komponen temuduga merangkumi:

  1. Ujian INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan)
  2. Sesi Temuduga
  3. Menulis sebuah esei dalam Bahasa Inggeris (hanya bagi calon yang memohon kursus B. Ed TESL)

INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan)

Calon guru mesti mempunyai ciri-ciri sahsiah yang positif dan yang terpuji untuk memikul tanggungjawab sebagai guru. Ujian komponen INSAK ini merupakan ujian bagi mengesan kesesuaian sahsiah calon untuk profesion keguruan.

Komponen ujian INSAK ini mengandungi gagasan soalan berhubung amanah, taat setia, ikhlas, dedikasi, kepekaan, kepimpinan, motivasi, kreatif, inovatif dan kawalan emosi.

Format Soalan Komponen INSAK

  • Jumlah soalan: 100
  • Masa: 30 minit
  • Bentuk soalan: Soalan objektif dengan 2 pilihan

Persiapan

  1. Sediakan fail sijil dan disusun mengikut keutamaan dengan didahului oleh surat tawaran temuduga, disusuli dengan sijil SPM, surat berhenti sekolah dan sijil-sijil kokurikulum. Sijil-sijil ini perlu disusun sebagai contoh peringkat kebangsaan dahulu, peringkat negeri, peringkat daerah dan akhir sekali peringkat sekolah.
  2. Mengisi borang yang memerlukan sebuah karangan untuk menyatakan sebab mengapa anda berminat dalam bidang kerjaya perguruan ini. Sediakan karangan yang sebaik mungkin dan selain menyatakan kenapa anda minat, sebut juga perkara-perkara yang menpengaruhi minat anda dalam bidang ini.
  3. Berpakaian yang kemas dan bercirikan seorang guru. Lebih baik jika memakai baju kemeja lengan panjang dengan bertali leher, tali pinggang, stokin dan kasut hitam bertutup. Bagi perempuan pula, cuba berbaju kurung, bertudung atau berpakaian sopan dan kasut bertutup. Pastikan pakaian anda bergosok.
  4. Sesi temuduga terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Ujian INSAK, Temuduga Individu dan Temuduga Berkumpulan.
  5. Bagi ujian INSAK, anda perlu menjawab 100 soalan dalam masa 30 minit. Ujian ini berdasarkan personaliti anda sama ada sesuai atau tidak dengan kerjaya perguruan ini. Berikan jawapan yang terbaik dan bersesuaian tetapi jangan mengambil masa terlalu lama pada satu-satu soalan untuk mengelakkan kesuntukan masa dan gagal menjawab semua soalan.
  6. Bagi sesi individu. Anda hanya akan ditanya mengenai latar belakang pendidikan, keluarga dan juga sebab mengapa anda minat bidang kerjaya keguruan ini. Penemuduga juga akan bertanya mengenai aktiviti yang anda minat, aktiviti yang telah anda sertai di sekolah dan juga mengenai sijil-sijil yang telah anda perolehi. Jawablah dengan tenang dan penuh yakin tanpa ragu-ragu. Mereka yang mengambilh pengkhususan Bahasa Inggeris, anda akan turut ditanya soalan dalam Bahasa Inggeris dan perlu menjawabnya dalam Bahasa Inggeris juga.
  7. Bagi sesi berkumpulan. Seramai 6 orang atau kurang akan turut serta dalam sesi ini. Anda akan diberi satu topik dan diiberi masa selama 1 minit untuk membuat persediaan. Seterusnya anda perlu mengutarakan hujah anda, kemukakan dengan yakin. Anda boleh mengemukakan hujah yang positif atau negatif kerana apa yang penting penemuramah hanya ingin melihat cara anda berkomunikasi.
  8. Jika anda mempunyai maklumat akan memudahkan anda berhujah dan menjawab pertanyaan dengan yakin. Oleh itu buat sedikit persiapan dengan membaca mengenai isu-isu semasa dan perkara yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia.

sumber:Pelajar SPM


ThankQ coz sudi melawat BeLoG nih...jgn lupa COMMENT dan LIKE tau

0 comments:

Post a Comment

saYa SuDah beSaq

Lilypie Kids Birthday tickers