Wednesday, November 2, 2011

~..JODOH..tak usahlah mencari terlalu sempurna..~




‎:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" :: 

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu 

mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu 

saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan

 MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... 

Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali

 kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan 

bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & 

janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia

 retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan

 jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... 





Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu

 mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia 

manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk

 menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu

 MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... 

Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang 

lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah,

 cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... 

KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu 

juga yang akan MENYESAL...!!

T_T



ThankQ coz sudi melawat BeLoG nih...jgn lupa COMMENT dan LIKE tau

0 comments:

Post a Comment

saYa SuDah beSaq

Lilypie Kids Birthday tickers