2,3 ari ni mata kiri ak asyik kedip2 ja...
mcm2 gak la bnda ngatif ak pkir...
tk sdap hati ja...
then arini...ak dpat tau ayh ak msok hospital..
tk tau npa..tgok ja gmbr ayh ak dok kt hospital automatik airmata ak trun tk bhnti...
ok..skrg..Alhamdulillah..ayh ak antar msg td dy dh sihat..esk dh bleh kluar..
syukur ya Allah...
pas2 lpas ngis pon mta ak still sma..tk brubah...
so ak 'google' psai mata berkedip2 ni...
so ak copy paste ja info ni..
juz nk share2 kt ampa suma...
Fenomena ini sebenarnya dipanggil dalam
bahasa perubatan sebagai Myokymia. Untuk
menyelesaikan masalah eye twitching ini,
kita lihat dahulu punca-punca yang menyebabkan masalah ini terjadi. Punca-punca yang dikenalpasti adalah seperti
berikut:
§ Tekanan (Stress)
§ Kelesuan (Tiredness)
§ Ketegangan Mata (Eyestrain)
§ Kafein (Caffein)
§ Alkohol (Alcohol)
§ Kekeringan Mata (Dry
Eyes)
§ Ketidakseimbangan Nutrisi (Nutritional
Imbalance)
§ Alergi (Allergies)
Secara umumnya, eye
twitching adalah tidak merbahaya kepada pengidapnya
memandangkan sifatnya adalah benign (tidak
merebak). Walaubagaimanapun,eye twitching merupakan masalah yang agak sukar diubati jika
penyebabnya tidak dapat diketahui secara jelas.
Mengapa mata saya berkedip-kedip?
1. Tekanan: Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang
tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah eye
twitchingterutamanya berkaitan dengan ketegangan
mata. Mengurangkan punca tekanan tersebut berupaya mengurangkan eye
twitching.
2. Kelesuan: Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan
atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur
yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.
3. Ketegangan Mata: Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan
terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan
gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan
tertekan akan menyebabkan eye twitching.
Oleh itu, anda disarankan untuk menjalankan pemeriksaan mata dan mendapatkan
kuasa kacamata yang baru.
Penggunaan komputer pada jangka masa
yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di
hadapan komputer pada jangka masa yang lama, anda dicadangkan untuk memakai
kacamata khusus untuk pengguna komputer.
4. Kafein dan Alkohol: Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein
dan/atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye
twitching. Jika pengambilan adalah berlebihan,
cuba untuk kurangkan dan untuk muslim pula, perlu ke untuk ambil alkohol?
5. Kekeringan Mata: Lebih daripada separuh golongan warga tua
mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering
terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant
dll) dan pemakai kanta sentuh. Anda yang mempunyai masalah ini boleh
menggunakan beberapa medikasi yang sesuai untuk mengurangkan masalah mata kering.
6. Ketidakseimbangan Nutrisi: Beberapa laporan mengatakan kekurangan nutrisi
seperti magnesium akan menyebabkan masalah eye
twitching. Walaubagaimanapun laporan-laporan
tersebut tidak dibuktikan secara saintifik. Oleh itu, sebelum anda mengambil
sebarang makanan tambahan atau vitamin, sila rujuk dengan pakar pemakanan
terlebih dahulu.
7. Alergi: Mereka yang mempunyai masalah alergi akan
mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut
digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan air mata. Histamin
boleh mengakibatkan eye twitching.
Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat
titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye
twitching. Walaubagaimanapun diingatkan
antihistamin akan menyebabkan mata kering. Oleh itu, cuba dapatkan
nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.
COPY & PASTE from : Mata & Penglihatan
p/s : mybe ak pnya mta jd sbb faktor 1,2,3 kot..
mmg tk ckup tido dlm msa 2,3 hari ni..
0 comments:
Post a Comment